13 May 2009

Gagal Mengurus Masa : 5

Mengurus masa dengan betul bermakna menyesuaikan aktiviti yang dilaksanakan bersesuaian dengan keperluan semasa. Kita sering dihambat dengan "date line", tarikh luput, atau tarikh-tarikh penting yang mempunyai kesan kepada masa depan. Sebagai murid/pelajar "tempoh masa selesa" amat penting untuk dihargai. Menjalankan aktiviti, latihan, ulangkaji, di dalam zon selesa lebih efektif. Melaksanakan ulangkaji di zon sempit, zon sibuk, zon terdesak, zon tertekan natijahnya mungkin negatif. Tidak semua individu yang mampu membuat ulangkaji di bawah zon tekanan tinggi. Kejayaan semakin hampir mustahil jika ulangkaji dilaksanakan di dalam waktu akhir menjelang peperiksaan. Waktu akhir menjelang peperiksaan tahap melaksanakan ulangkaji sebenarnya agak santai tetapi tidak longar. Flash reading lebih sesuai. Fakta yang telah dihafal dipindahkan ke dalam bentuk peta minda. Dari bentuk abstrak ke bentuk konkrit. Dari dalam minda ke dalam bentuk grafik yang boleh dilihat. Dalam bentuk visual. Dari minda dipindahkan ke dalam bentuk audio. Fakta ditukar ke dalam bentuk irama. Semua ini tidak dapat dilakukan ketika kita berada di dalam waktu yang sukar, waktu yang sempit. Kita gagal kerana kita gagal mengurus masa dengan baik........ ini adalah fitrah...


No comments:

blogger templates | Make Money Online