11 May 2009

Alasan Bagi Setiap Kegagalan : 4

Kegagalan dan kejayaan bagi setiap usaha adalah fitrah. Di sebalik kegagalan dan kejayaan ada ujian. Kejayaan yang dikecapi sering dikaitkan dengan sifat syukur. Kegagalan tentunya berkaitan dengan sifat sabar. Sifat syukur dan sabar bagi seorang pelajar merupakan nilai akhlak yang tinggi. Akhlak yang terpuji menjanjikan keberkatan yang tidak ternilai. Barokah atau "berkat" kebaikkan yang berpanjangan dari dunia hingga ke akhirat.

Namun kegagalan tidak wajar dipertahankan dengan alasan yang bersifat "projeksi". Dalam bidang psikologi, projeksi bermaksud meletakkan kesilapan dan kegagalan kita di bahu orang lain. Saya gagal kerana ...... Markah saya rendah kerana.... Seolah-olah kita tiada peranan di atas apa yang kita perolehi. Apa yang kita dapat sekarang adalah sebenarnya adalah dari apa yang kita usahakan dahulu... apa yang akan kita perolehi di masa akan datang adalah dari apa yang kita lakukan sekarang ini. Apa yang kita lakukan sekarang ini boleh ditarifkan dengan USAHA, IKHTIAR....

Tugas kita adalah mengatasi dan berusaha memperbaiki kekurangan, kesilapan, kegagalan.. elakkan dari memikirkan ALASAN... Akur dengan kegagalan dengan sebab kurang berusaha.... Alasan akan mengundang kegagalan yang berterusan... ya kegagalan yang berterusan... akui kegagalan agar kita boleh bangun apabila kita terjatuh... Suburkan sifat syukur apabila menerima kejayaan dan sabar apabila diuji dengan kegagalan..... itulah AKHLAK yang TERPUJI...




No comments:

blogger templates | Make Money Online