SEMUA pihak perlu memainkan peranan dan bekerjasama bagi memerangi masalah buta huruf di kalangan kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia termasuk di negara ini.
Bekas wanita pertama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, berkata tidak ada jalan singkat untuk mendapatkan pendidikan sempurna kecuali dengan gandingan semua pihak terbabit.
"Setiap pihak seperti guru, badan bukan kerajaan termasuk ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kanak-kanak dan remaja memperoleh pendidikan diperlukan. Ini selaras dengan hasrat kerajaan yang sentiasa menekankan pembinaan masyarakat berilmu bagi memastikan negara terus membangun.
"Malah kerajaan sudah menetapkan setiap kanak-kanak wajib mendapat pendidikan dan ibu bapa boleh dipenjara jika gagal memenuhi kewajipan ini secara sengaja," katanya.
Laporan Pendidikan Nasional pada November 2006 hingga 2010 melaporkan terdapat sebilangan kanak-kanak dan remaja masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis akibat kemiskinan atau keciciran pelajaran.
Jumlah ini merangkumi empat peratus pelajar sekolah rendah dan 0.8 peratus remaja di bangku sekolah menengah, manakala di seluruh dunia, Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) menganggarkan kira-kira 150 juta kanak-kanak buta huruf khususnya di Amerika Latin, Asia, Afrika dan Asia terutama di India. Dianggarkan kos pendidikan dunia menelan belanja sehingga RM51 bilion setiap tahun.
"Ini adalah petanda agar lebih banyak usaha dilakukan bagi mengatasi masalah yang dianggap membimbangkan ini. Ia selaras dengan hasrat untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan. Pengetahuan adalah berkaitan maklumat dan kemahiran ini boleh dimiliki melalui kemahiran membaca serta menulis," katanya.
"Ia adalah satu usaha mulia bagi melihat kanak-kanak boleh membaca dan memperoleh pendidikan diperlukan. Saya percaya, pendidikan adalah cara paling berkesan bagi mencapai kemajuan. Sebagai aktres dan penerbit, menulis dan membaca adalah sesuatu yang menyeronokkan dan anugerah yang tidak ternilai. Ia menjadi pengukur kepada kualiti dan status sosial sesebuah masyarakat. Pendidikan sentuhan hidup dan perubahan di masa depan," katanya.
No comments:
Post a Comment