09 October 2009

aspirasidiri : Apa perlunya nota ?

Apa perlunya nota ?

1. Merakam pelajaran dalam bentuk yang ringkas
2. Menggalakkan mencari idea atau maklumat penting
3. Memudahkan pemahaman
4. Memudahkan proses mengulangkaji

Catatan Kejayaan Lalu......

Bagaimana mereka berjaya ... ikuti kisah mereka...


Cuba tanya mereka yang dah berjaya ne, nota penting atau tidak.....


Anak tukang sapu catat 5A

KUANTAN 15 Nov. – Kegigihan ibunya yang hanya bekerja sebagai tukang sapu di sekolahnya, tidak menghalang Mohamad Syahir Ishak mencatat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 yang diumumkan di seluruh negara hari ini.

Malah, Mohamad Syahir sedikitpun tidak malu atau terjejas tumpuan untuk belajar hanya kerana keluarganya miskin dan ibunya pula menjadi tukang sapu di tempatnya belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur di sini.

Bagi murid itu yang kematian bapanya yang menjadi nelayan kira-kira empat tahun lepas, kegigihan ibunya untuk memastikan dia bersekolah, menguatkan azamnya untuk membela nasib ibunya itu.

‘‘Saya kasihan tengok emak, terpaksa kerja sapu sampah di sekolah sebab ayah dah meninggal dunia empat tahun lalu. Saya nak bela nasib emak dan belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang bercita-cita menjadi jurutera ketika ditemui di sekolahnya itu, hari ini.

Bahkan, anak bongsu daripada enam beradik ini yang mendapat program bantuan rancangan makanan tambahan sekolah mahu mengikuti jejak empat abang dan kakaknya yang sudah ke menara gading.

Ibunya, Halimah Yatim, 48, berkata, dia sememangnya menaruh harapan tinggi agar anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan selama ini, sering memantau pelajaran anak bongsunya itu.

‘‘Anak bongsu saya faham dengan keadaan saya dan terpaksa terima hakikat ibunya bekerja sebagai tukang sapu di sekolahnya,” katanya yang bersyukur di atas kejayaan anaknya itu.

Selain Mohamad Syahir, lima lagi murid di sekolah itu turut memperoleh 5A dan tiga orang (4A 1B) daripada seramai 116 calon yang kebanyakannya anak nelayan.

Seorang lagi murid yang mendapat 5A, Ana Nasuha Kamarudin dari SK Mat Kilau di sini, berasa gembira dan puas hati kerana mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan itu.

‘‘Saya banyak belajar ikut guru dan juga membaca A-Kelas (sisipan pendidikan Utusan Malaysia) untuk tambah pengetahuan dan tingkatkan kemahiran,” kata anak kedua daripada empat beradik ini.

Sementara itu di Pulau Pinang, pasangan adik-beradik yang dilahirkan selang 10 bulan, Al Afiq Aufa Yeong dan Al Haziq ketika ditemui menyatakan rasa kegembiraan mereka apabila berjaya mendapat keputusan 5A.

Anak peniaga kedai kopi itu mengatakan mereka sudah melakukan yang terbaik dan berharap dapat membuka sebuah perniagaan satu

No comments:

blogger templates | Make Money Online