23 April 2009

Leka Dengan Keselesaan : 2


Kita sering leka dengan keselesaan yang kita ada. Kita sering menganggap bulan September / November itu masih jauh lagi. Kita juga selesa kerana, pencapaian orang lain masih belum berada di tahap yang sepatutnya maka kita tidak perlu tegesa-gesa. Kita juga selesa dengan pencapaian yang kita ada setakat ini, sedangkan sebenarnya masih ada banyak lagi kelemahan yang perlu diatasi.
Kita selesa dengan kemewahan yang kita alami kerana kita datang dari keluarga yang berada kita lupa kejayaan di masa hadapan adalah usaha yang bermula hari ini, sekarang.. namun ada juga yang selesa dengan kemiskinan yang dialami kerana beranggapan kalau berjaya pun tidak akan sampai ke mana-mana....
Sebenarnya keselesan yang tidak dihargai dengan sebenar-benarnya adalah salah satu pembunuh masa depan seseorang... Keselesaan sebenarnya perlu dilihat sebagai peluang yang perlu digunakan sebaik-baiknya. Ada orang yang rajin tetapi dibataskan dengan kekurangan yang ada di dalam keluargnya. Ada yang punya kelebiihan tertentu tetapi hanyut dengan keselesaan yang ada di persekitarannya...

Ubahlah keselesaan kepada peluang untuk meningkatkan diri, kecemerlangan diri.... ayuh...

No comments:

blogger templates | Make Money Online