Bharian 17.3.2009
1,862 pelajar sekolah terbabit jenayah tahun lalu
KUALA LUMPUR: Seramai 1,862 pelajar sekolah terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.
Bagaimanapun, katanya, bilangan pelajar yang terbabit dalam gangsterisme bagi salah laku pemerasan dan ugutan jenayah menurun daripada 76 pelajar pada 2007 kepada 46 pelajar tahun lalu.
Katanya, kementerian itu berusaha menggerakkan kempen bersepadu pencegahan jenayah di peringkat sekolah menerusi penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah.
Sebanyak 6,447 sekolah sudah menubuhkan kelab tersebut dengan kira-kira 380,369 ahli, katanya ketika menjawab soalan Lee Chee Leong (BN-Kampar) pada persidangan Dewan Rakyat di sini. - Bernama
No comments:
Post a Comment